PANGSAPURI BANDARAYA @ SG UDANG

CADANGAN PEMBANGUNAN 3 BLOK PANGSAPURI DAN KEMUDAHAN BERKAITAN DI ATAS LOT 67343, PINTASAN SEGAMBUT, KAMPUNG SUNGAI UDANG, SEGAMBUT, KUALA LUMPUR

KETERANGAN PROJEK

Pembangunan pangsapuri berketinggian 32-34 tingkat ini mengandungi 1251 unit apartmen dengan 2 blok setinggi 32 tingkat dan 1 blok setinggi 34 tingkat. 5 tingkat podium disediakan khas untuk tempat letak kereta penduduk, manakala tetamu disediakan diruang tingkat bawah. Semua fasiliti seperti surau yang lengkap dengan bilik mandi mayat, dewan dan kolam renang akan terletak di tingkat 6 podium bagi kemudahan penghuni pangsapuri yang secara tidak langsung menjadi tempat pertemuan bagi penghuni untuk beriadah dan bersosial.

Laluan kenderaan ke tempat letak kereta pada aras podium juga akan dilengkapkan dengan sistem keselamatan bagi memastikan kenderaan-kenderaan luar tidak dapat memasuki tempat letak kereta. Kawasan komersial berkeluasan 36,485 kaki persegi yang terletak di tingkat bawah adalah disediakan untuk aktiviti-aktiviti komersial bagi kemudahan penghuni pangsapuri dan juga secara tidak langsung dapat meningkatkan keadaan ekonomi kawasan sekitar. Kawasan komersial yang berkonsepkan reka bentuk ‘ruang terbuka’ adalah untuk memberi fleksibiliti kepada pihak pengurusan untuk menetapkan jenis-jenis aktiviti komersial yang diperlukan dan sesuai oleh penghuni-penghuni pangsapuri.

Setiap unit apartmen yang berkeluasan 807kaki persegi mengandungi 3 bilik tidur,2 bilik mandi, ruang keluarga dapur. Pangsapuri berketinggian 32 tingkat disediakan dengan 4 unit lif setiap blok manakala 1 blok pangsapuri berketinggian 34 tingkat disediakan dengan 5 unit lif. Faktor-faktor keselamatan juga diambilkira di lobi lif dimana setiap pintu keluar dari lobi lif disediakan penggera keselamatan.

PELAN KUNCI & PELAN LOKASI



RINGKASAN PROJEK

1 TINGKAT PODIUM


Kemudahan

Kolam Renang

Gelangang Futsal

Gelangang Badminton

Taman Permainan Kanak-Kanak

Dewan Serbaguna

Surau

Pengawal Keselamatan

1,251

Pangsapuri 1,251 UNIT
(KELUASAN UNIT : 807 kp)

Blok A - 34 Tingkat ( 543 Unit )

Blok B – 32 Tingkat ( 354 Unit)

Blok C - 32 Tingkat ( 354 Unit)

4 TINGKAT TEMPAT LETAK KERETA

Kereta – 1382 ( residential + commercial + 10% pelawat + 10 C/P OKU)

Motosikal – 424 (residential + commercial)


LOT PENIAGAAN DI TINGKAT BAWAH
– GFA 5219.20 sqm

Kedai = 39 Unit

Tadika = 1 Unit

Management Office = 1 Unit

PELAN PEMBANGUNAN

Pelan Tapak

Pelan Aras Bawah (Lot Perniagaan)

Pelan Aras Podium

Pelan Apartment (Block A)

Pelan Apartment (Block B)

Pelan Apartment (Block C)

Pelan Apartment (Block B)

Kemudahan Disediakan

Gambar Kemajuan Di Tapak

Gambar Unit Apartment

  • RUANG TAMU
  • RUANG MAKAN
  • RUANG DAPUR
  • RUANG BILIK TIDUR UTAMA
  • RUANG BILIK TIDUR 1
  • RUANG BILIK TIDUR 2
RUANG TAMU
RUANG MAKAN
RUANG DAPUR
RUANG BILIK TIDUR UTAMA
RUANG BILIK TIDUR 1
RUANG BILIK TIDUR 2