A-
 A 
A+
Open login
Piagam Pelanggan Jabatan Pengurusan Perumahan
Written by admin    Friday, 05 February 2010 10:51    PDF Print E-mail

 

PIAGAM PELANGGAN

JABATAN PENGURUSAN PERUMAHAN

 

 

1.      Pendaftaran pembelian dan penyewaan rumah diproses serta merta dan status kelayakan akan dimaklumkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pendaftran.
 
2.      Surat tawaran penyewaan Perumahan Awam DBKL akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh kekosongan unit.
 
3.      Keputusan permohonan pertukaran unit dan kawasan akan dimaklumkan dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
 
4.      Mengadakan lawatan oleh Bahagian Pengurusan Zon ke unit-unit perumahan 4 kali setahun untuk memastikan penyewa mematuhi syarat-syarat perjanjian penyewaan.
 
5.      Memastikan akuan penerimaan kepada aduan awam dibuat dalam tempoh 3 hari bekerja. Maklumbalas seterusnya dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
 
6.      Mengadakan program-program sosial sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi mempertingkatkan kualiti hidup penduduk.
 
7.      Kerja-kerja pembersihan untuk kawasan perumahan akan dilaksanakan mengikut skop kerja dan terma-terma dalam kontrak. Kerja-kerja penyenggaraan secara berkala akan dilaksanakan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali manakala penyenggaraan kerosakan lain akan diambil tindakan selewat-lewatnya dalam tempoh 3 bulan.
 
8.      Memproses pembayaran kepada kontraktor dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh tuntutan lengkap diterima.
 
9.      Memberi perkhidmatan kaunter bayaran secara efisien dengan memastikan waktu menunggu tidak melebihi 30 minit pada waktu puncak dan tidak melebihi 15 minit pada waktu biasa.
Last Updated ( Thursday, 20 May 2010 04:22 )