A-
 A 
A+
Open login
Bahagian Kewangan (Akaun Jualan)
Written by Zairol    Tuesday, 01 December 2009 07:44    PDF Print E-mail

1. Pendahuluan

Bahagian Akaun Jualan, Jabatan Pengurusan Perumahan adalah Bahagian yang bertanggungjawab menguruskan :

  •  Proses tuntutan bayaran harga rumah dan bayaran untuk penyerahan kunci
  •  Penyediaan anggaran kos mengurus kawasan dan kadar caj perkhidmatan yang akan dikenakan
  • Penyediaan belanjawan tahunan untuk setiap kawasan rumah jual DBKL
  • Kutipan hasil jualan rumah dan caj perkhidmatan serta memastikan pindah kutipan ke Akaun Bank setiap kawasan
  • Perbelanjaan dan pembayaran kos-kos pengurusan dan penyelenggaraan  setiap kawasan
  • Penyediaan Akaun Penamat Tahunan dan laporan kewangan setiap kawasan
  • Pengeluaran notis-notis tunggakan caj perkhidmatan dan air untuk tindakan penguatkuasaan
  • Hal ehwal akaun berkaitan pengeluaran hakmilik strata dan penyerahan akaun pengurusan kepada Perbadanan Pengurusan

Bahagian Akaun Jualan dibahagikan kepada 3 unit iaitu :

(i)         Unit Akaun Jualan
(ii)        Unit Pengurusan MC
(iii)       Unit Pembayaran

2. Objektif

Mengurus rekod-rekod akaun berkaitan dengan penjualan rumah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan menyelenggara akaun pengurusan rumah jual yang telah dijual sehingga mempunyai status hakmilik strata.

3. Carta Organisasi

4. Hubungi Kami

Bahagian Akaun Jualan
Jabatan Pengurusan Perumahan
Tingkat 6, Menara DBKL II
Bandar Wawasan
Jalan Raja Abdullah
50300 Kuala Lumpur