|
Bahagian Kewangan (Akaun Awam) |
|
Written by Zairol
Tuesday, 01 December 2009 07:33 |
|
|
|
|
|
Objektif
Bahagian ini berfungsi untuk mengawal dan menyelaras perbelanjaan serta menyediakan kaunter kutipan bayaran ke arah mencapai matlamat dan objektif jabatan yang berteraskan kepada memberi perkhidmatan sosial kepada penghuni-penghuni di perumahan awam.
Pengenalan
Bahagian Kewangan Jabatan Pengurusan Perumahan terbahagi kepada 5 unit :-
i. Unit Akaun Sewa
Antara aktiviti utama :-
- Mewujudkan rekod semua penyewa.
- Mengawal selia dan memastikan segala maklumat yang berkaitan rekod penyewa,unit rumah sewa, kadar sewa dan perjanjian penyewaan di dalam sistem sentiasa dikemaskini.
- Menguruskan pengenaan caj sewa setiap bulan ke atas unit penyewa.
- Penerimaan cagaran dan pengembalian wang cagaran kepada penyewa.
- Menyediakan bil / notis tunggakan / penyata dan buku bayaran bulanan penyewa.
- Menguruskan urusan bayaran secara ansuran bulanan bagi penyewa yang mempunyai masalah berkaitan pembayaran sewa
- Mengemaskini dan memastikan akaun penyewa adalah munasabah.
ii.Unit Bajet dan Pembayaran
Antara aktiviti utama :-
- Menyedia dan mengawal bajet mengurus dan pembangunan.
- Mengurus permohonan bajet tambahan.
- Menyelaras pemindahan vot dan item.
- Mengurus pembelian runcit dan sebut harga bagi perbelanjaan di bawah RM10 ribu.
- Mengeluar dan memproses borang tempahan.
- Mengurus tuntutan panjar wang runcit, elaun lebih masa dan elaun perjalanan.
- Mengurus pembayaran bil utiliti.
- Mengurus inventori jabatan.
iii.Unit Akaun Air (UBIS)
Antara aktiviti utama :-
- Mengurus pembacaan meter air di setiap kawasan perumahan yang berada di bawah seliaan Jabatan Pengurusan Perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
- Memproses dan mencetak bil air penghuni.
- Menyemak laporan akaun air bagi setiap bulan.
- Mengurus masalah yang berkaitan dengan caj ke atas bil air yang dikenakan.
iv.Unit Kaunter Bayaran
Antara aktiviti utama :-
- Mengurus operasi semua kaunter bayaran Jabatan Pengurusan Perumahan.
- Menerima pembayaran daripada pembayar dan memasukkan semua hasil kutipan jabatan ke dalam bank.
v.Unit Akaun Penyelenggaraan
Antara aktiviti utama :-
- Mengurus dan mengawal peruntukan untuk membaiki dan penyelenggaraan rumah pangsa.
- Menyelaras penyediaan dokumen kontrak ( tender / sebut harga / kerja undi ).
- Mengeluarkan borang tempahan bagi semua arahan kerja.
- Memproses bayaran kepada kontraktor.
- Mengawal had bumbung untuk kontrak berpenggal.
- Mengurus inden untuk pengeluaran barang setor.
- Menyediakan laporan perbelanjaan penyelenggaraan rumah pangsa.
|