A-
 A 
A+
Open login
Bahagian Teknologi Maklumat
Written by Zairol    Tuesday, 01 December 2009 07:32    PDF Print E-mail

1. Pendahuluan


Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Pengurusan Perumahan adalah bahagian yang menguruskan : -

  • Pendaftaran permohonan rumah sewa (Kos sederhana dan Rendah)
  • Pendaftaran permohonan rumah jual (Kos sederhana dan Rendah)
  • Penyeliaan dan penyenggaraan Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT DBKL)
  • Penyeliaan penambahbaikan sistem SPT DBKL iaitu dengan mewujudkan sistem E-Perumahan.
  • Pentadbiran Sistem Pendaftaran Terbuka Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Berkomputer.
  • Pembekalan dan pengagihan Komputer serta peralatan – peralatan yang berkaitan dengan teknologi maklumat sama ada perkakasan mahupun perisian.
Bahagian kini mempunyai dua unit iaitu Unit E-Perumahan dan Unit Operasi/Teknikal.


2.Objektif

Menyediakan kemudahan teknologi maklumat kepada semua bahagian bagi melicinkan lagi pentadbiran dan pengurusan  Jabatan ini. Disamping itu, bahagian ini juga bertanggung jawab menyediakan sistem sokongan bermaklumat dalam pentadbiran jabatan ini seperti sistem SPT DBKL dan E-Perumahan.

3.Carta Organisasi


4.Pembangunan & peyelerasan projek

 

 

 

 

Berikut adalah senarai projek yang dipertanggungjawabkan kepada Bahagian ini bagi membantu jabatan dalam mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan Jabatan Pengurusan Perumahan khususnya dan DBKL amnya

i. Projek yang telah siap :

  • Sistem SMS Aduan (Rakan Perumahan)
  • Sistem e-Perumahan
ii. Projek yang sedang dibangunkan :
  • Sistem Maklumat Penghuni
  • Sistem Portal Pengurusan BTM
  • Portal Jabatan Pengurusan Perumahan
iii. Projek yang akan datang :
  • Sistem Pengurusan Pra-perpustakaan

 

 

 

 

5. Hubungi kami :

Bahagian Teknologi Maklumat
Jabatan Pengurusan Perumahan
Tkt 5, Menara DBKL II
Bandar Wawsan
Jalan Raja Abdullah
50300 Kuala Lumpur

Tel : +06 - 03 - 26176070 / 6071 / 6072 / 6093 / 6087
Fax : +06 - 03 - 26983825



Last Updated ( Thursday, 17 December 2009 01:58 )