Undang -Undang Kecil Perumahan Awam

Untitled Document

 20 PERKARA TIDAK BOLEH DILAKUKAN DI KAWASAN PERUMAHAN AWAM DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

 

UUK3(1) Mengubah suai / tambahan tanpa kebenaran
UUK 3(2) Menyalahgunakan, menyebabkan kerosakan atau kemusnahan kepada harta Datuk Bandar
UUK3(3) Letak kenderaan di tempat bukan ditetapkan
UUK3(4) Melakukan kacau ganggu dalam unitnya atau dalam kawasan perumahan awam
UUK3(5) Melakukan perbuatan yang boleh membahayakan nyawa dan harta penyewa lain atau orang awam dalam kawasan perumahan awam
UUK3(6) Menyewakan atau melepaskan pemilikan unit kepada orang lain tanpa kebenaran Datuk Bandar
UUK3(7) Berkumpul / perdagangan / kempen / promosi dan lain-lain tanda kebenaran
UUK3(8) Melindungi pendatang tanpa izin, pelacur, penjudi, penagih dadah, penjenayah, orang yang berkelakuan sumbang dalam unitnya
UUK3(9) Menggunakan unitnya sebagai tempat penagihan, pengedaran dadah, pelacuran, penjudian atau perlindungan pendatang tanpa izin
UUK3(10) Memelihara binatang
UUK3(11) Menggunakan kemudahan seperti rumah mayat, dewan orang ramai dan lain-lain tanpa kebenaran Datuk Bandar
UUK3(12) Membuang sampah dalam kawasan selain daripada tempat pembuangan sampah
UUK3(13) Menyebabkan besen, tandas, longkang disumbat
UUK3(14) Gantung pasu, perabot, barang di balkoni sebabkan bahaya
UUK3(15) Meletakkan benda di koridor / tangga / tempat gunasama
UUK3(16) Menyebabkan atau membenarkan unit kediaman menjadi penuh sesak.
UUK3(17) Memasang pendawaian elektrik dan penyiaran tambahan dalam unit atau mana-mana bahagian bangunan perumahan tanpa kebenaran.
UUK3(18) Mempamerkan iklan di luar atau kawasan perumahan awam tanpa kebenaran.
UUK3(19) Mengambil atau menggunakan air daripada paip air yang dipasang untuk kegunaan Datuk Bandar dalam kawasan perumahan awam.
UUK3(20) Memasang unit pendingin udara di mana-mana bahagian unit tanpa kebenaran bertulis Datuk Bandar.