Syarat Permohonan & Kadar Sewa PA/PPR

PA-PPR
PERUMAHAN AWAM DBKL KOS RENDAH / KOS SEDERHANA
  • Suami dan isteri adalah warganegara Malaysia
  • Telah berkahwin
  • Pendapatan terkumpul suami/isteri hendaklah :
    - tidak melebihi RM3,000.00 untuk Kos Rendah
    - tidak melebihi RM4,000.00 untuk Kos Sederhana.
  • Pemohon hendaklah tinggal atau bekerja di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Tidak mempunyai rumah atau tanah dalam lingkungan 35km dari pusat bandar
  • Berdaftar dengan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti
  • KADAR SEWA

    Perumahan Awam/PPR MTEN

    Unit Studio - RM55.00
    1 Bilik - RM 94.00
    2 Bilik - RM 124.00
    3 Bilik - RM 124.00
    3 Bilik (Ubahsuai) - RM 218.00

    Rumah Kos Sederhana Rendah

    Gombak 2 - RM 320.00
    Kuang & Kenari - RM 250.00
    Seri Pangkor - RM 250.00
    Seri Tioman 1 - RM 300.0

    BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN PERMOHONAN

    • Borang Permohonan boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan atau secara ‘online’ di menu Muat Turun 
    • Semakan permohonan menyewa rumah boleh dibuat di talian 03 - 2617 6158
    • Antara perkhidmatan yang disediakan di Kaunter Perkhidmatan adalah:
      • Pendaftaran Rumah Sewa
      • Semakan Status Rumah Sewa
      • Semakan Pendaftaran
      • Semakan Rayuan Rumah Sewa
      • Rayuan / Khidmat Nasihat / Maklumbalas Pelanggan
      • Semakan Tunggakan Rumah Sewa
      • Rayuan (Notis tunggakan rumah sewa/kes penguatkuasan)