Skim Bantuan Sewa Rumah

Untitled Document

Skim Bantuan Sewa Rumah / Tunggakan Perumahan Awam / PPR merupakan inisiatif DBKL untuk memberi bantuan kepada golongan miskin yang tidak mampu membayar sewa rumah dan mempunyai tunggakan yang tinggi bagi mengurangkan kadar kemiskinan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


SYARAT KELAYAKAN

  • Isi rumah yang tiada pendapatan tetap atau pendapatan bulanan kurang daripada RM1,500 dan mempunyai tanggungan dalam kategori berikut:-
    1. Miskin Tegar : Pendapatan Isi Rumah RM580 ke bawah (Perkapita RM140 ke bawah)
    2. Miskin : Pendapatan Isi Rumah RM940 ke bawah (Perkapita RM240 ke bawah)
  • Penghuni atau isi rumah mempunyai penyakit kronik.
  • Orang Kelainan Upaya (OKU) dan Warga Emas yang tiada pendapatan.
  • Penyewa yang menerima Bantuan Sara Diri daripada agensi kerajaan tetapi tidak menerima Bantuan Sewa Rumah.
  • Penyewa yang menerima Bantuan Sewa Rumah daripada agensi kerajaan tetapi tidak mempunyai tunggakan sewa rumah.
  • Permohonan ini mestilah disertakan bersama resit terkini pembayaran tunggakan sewa rumah dan baki tunggakan sewa rumah. Pemohon haruslah membuat bayaran sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah tunggakan atau jumlah yang telah dipersetujui oleh pegawai bertugas di kaunter Rayuan Bayaran Tunggakan.


    PENYEWA YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

  • Penyewa dalam kes yang dibayar oleh pemaju kerana dipindahkan untuk pembangunan kawasan.
  • Penyewa yang di tempatkan sementara di rumah DBKL kerana bencana alam seperti kes kebakaran.
  • Kakitangan awam yang telah diberi elaun perumahan melalui gaji bulanan.
  • Ketua penyewa atau pasangan yang telah membeli rumah


    SKIM BANTUAN SEWA RUMAH / TUNGGAKAN SEWA PA/PPR DBKL

  • Latarbelakang ketua isi rumah / penyewa
  • Pekerjaan dan pendapatan
  • Anak dan tanggungan yang tinggal bersama
  • Taraf kesihatan
  • Pemilikan harta isi rumah
  •