Piagam Pelanggan

Untitled Document
1. Pendaftaran pembelian dan penyewaan rumah diproses serta merta dan status kelayakan akan dimaklumkan tidak melebihi 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran.
2. Surat tawaran penyewaan Perumahan Awam akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas menerima pengesahan unit yang telah siap baikpulih oleh Bahagian Penyelenggaraan.
3. Keputusan permohonan pertukaran unit dan kawasan akan dimaklumkan dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh Mesyuarat JKPRA dijalankan.
4. Mengadakan lawatan oleh Bahagian Pengurusan Zon ke unit-unit perumahan 4 kali setahun untuk memastikan penyewa mematuhi syarat-syarat perjanjian penyewaan.
5. Memastikan akuan penerimaan awal kepada aduan awam dibuat dalam tempoh 3 hari bekerja dan maklumbalas seterusnya dibuat dalam tempoh 14 hari.
6. Kerja-kerja pembersihan untuk kawasan perumahan akan dilaksanakan mengikut skop kerja dan terma-terma dalam kontrak.
7. Memproses pembayaran kepada kontraktor dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh tuntutan lengkap diterima.
8. Memberi perkhidmatan kaunter bayaran secara efisien dengan memastikan waktu menunggu tidak melebihi 30 minit pada waktu puncak dan tidak melebihi 15 minit pada waktu biasa.
9. Memproses permohonan bantuan daripada Persatuan Penduduk, NGO's dan lain-lain dalam tempoh 14 hari bekerja dari permohonan diterima.
10 Melaksanakan aktiviti / program pembangunan Modal Insan oleh jabatan yang bersesuaian kepada golongan sasar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekurang-kurangnya 2 kali sebulan.
11. Menyelaras program-program sosial bersama Persatuan Penduduk, NGO's dan lain-lain sekurang-kurangnya 5 kali sebulan bagi mempertingkatkan kualiti hidup penduduk.
12. Memastikan pelajar Tadika Sang Kancil dapat mengenal huruf dan angka dalam tempoh 6 bulan pembelajaran.
13. Memberi latihan kemahiran jangka pendek kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah sekurang-kurangnya 30 orang dalam sebulan.
14. Menyediakan Kelas Tuisyen kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah selama 5 bulan sebelum peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM bermula.