Penjualan Rumah

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melaksanakan Penjualan Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Perumahan Awam (PA) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri pada 11 Julai 2009. Tujuan penjualan ini adalah memberi peluang kepada warga kota membeli rumah dengan kos yang rendah di bandar dengan harga bermula RM21,500 hingga RM35,000. Kerajaan amat peka dan prihatin kepada warga kota dan memperkenalkan konsep “Satu Keluarga Satu Rumah”.

  • Pemohon adalah warganegara Malaysia serta penyewa yang sah dan sedang menghuni rumah PPR dan PA sedia ada.
  • Telah berkahwin. 
  • Jumlah pendapatan suami dan isteri tidak melebihi RM5,000.
  • Pemohon tidak memiliki rumah atau tanah dalam lingkungan 35KM dari Pusat Bandar Kuala Lumpur.
  • Tidak mempunyai tunggakan sewa melebihi tiga (3) bulan.

 

SUMBER PEMBIAYAAN

Pemohon boleh membuat pembiayaan pembelian rumah dengan:-

  • Tunai/KWP
  • Bank
  • Pinjaman Perumahan Kerajaan
  • Skim Pembiayaan Khas

 

SEKATAN KEPENTINGAN

  • Sekiranya pemilik ingin menjual dalam tempoh kurang daripada 3 tahun, ianya hanya boleh dijual kepada DBKL pada harga pembelian asal.
  • Penjualan unit rumah dalam tempoh melebihi 3 tahun dan kurang 10 tahun, pemilik hanya boleh menjual kepada isteri / suami dan anak dan perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan.
  • Penjualan unit rumah dalam tempoh melebihi 10 tahun hendaklah mendapat kelulusan Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan.

 

BORANG PERMOHONAN& SEMAKAN PERMOHONAN

  • Borang Permohonan boleh didapati di:
  • Unit Jualan Tingkat 6,
    Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembanguan Komuniti,
    DewanBandaraya Kuala Lumpur,
    Menara DBKL 3, Bandar Wawasan ,
    Jalan Raja Abdullah
    50300 Kuala Lumpur.

  • Untuk pertanyaan dan semakan status permohonan boleh dibuat di talian 03 - 2617 6116 / 6107 / 6108
  • Borang diberi PERCUMA.
  • Sila bawa bersama kad penyewaan.