Kempen

 

 

 

KEMPEN “Saya Suka Bantu Anda!”

 

 


Kempen “Saya Suka Bantu Anda!” telah dilancarkan secara komprehensif di peringkat Jabatan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan & Pembangunan Komuniti (JPPPK), Tuan Hj. Wan Mohammad Ghazali Bin Nor.


Kempen ini yang dilancarkan pada 1 Januari 2012 merupakan satu mekanisme baru bagi meningkatkan mutu dan kualiti penyampaian perkhidmatan Jabatan dalam mengurus dan menyelenggara Perumahan Awam DBKL.


Kempen ini menggariskan objektif utama iaitu, memastikan semua kakitangan Jabatan menerapkan budaya kerja ‘SUKA BANTU’dalam memberikan apa jua perkhidmatan yang diperlukan penghuni-penghuni Perumahan Awam DBKL dan PPR.