Kompleks Belia/ Beliawanis

 beliadbkl1
Kompleks Belia/Beliawanis terdiri daripada unit-unit berkelompok yang disediakan oleh Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL. Ia disediakan bagi membantu belia dan beliawanis untuk mendapatkan tempat perlindungan secara transit. Terdapat juga unit jenis rumah pangsa yang dijadikan unit Beliawanis yang disewakan secara sebahagian kepada penyewa wanita sahaja.

UNIT 1 BILIK 2 ORANG (RM 50)

  • Warganegara Malaysia
  • Bujang
  • Pemohon hendaklah tinggal atau bekerja di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Umur tidak melebihi 40 tahun
  • Gaji / pendapatan tidak melebihi RM1,000.00 sebulan

UNIT 1 BILIK 2 ORANG (RM 70)

  • Warganegara Malaysia
  • Bujang
  • Pemohon hendaklah tinggal atau bekerja di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Beliawanis yang ditukarkan daripada kawasan lain kerana umur telah melebihi 40 tahun
  • Umur tidak melebihi 40 tahun
  • Gaji / pendapatan tidak melebihi RM1,500.00 sebulan
  • Tempoh penyewaan 3 tahun

NOTA:

  • Unit Beliawanis ditawarkan berdasarkan kepada kekosongan
  • Bagi ibu tunggal (tidak mempunyai anak) boleh dipertimbangkan

BORANG PERMOHONAN

  • Borang Permohonan boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan.
  • Semakan permohonan menyewa unit belia/beliawanis dibuat di talian 03 - 2617 6174
  • Sila lampirkan bersama-sama borang permohonan:
    • 1 salinan kad pengenalan
    • 1 salinan penyata gaji terbaru
  • Salinan hendaklah disahkan oleh kakitangan kerajaan/swasta kumpulan A