OPERASI BERSEPADU SIRI 4 BERSAMA AGENSI-AGENSI LAIN DI PA SERI SELANGOR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Y.Bhg Datuk Seri/ Datuk/Tuan/Puan,

 

Tarikh: 04.05.2016 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi

 

Kekuatan Anggota DBKL
Anggota Jabatan Penguatkuasaan DBKL: 17 org
Pengurusan Zon & Penguatkuasaan JPPPK: 93 org
Jumlah: 110 orang

 

Agensi Terlibat
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) : 9 org
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) : 16 org
Jumlah : 25 orang

Jumlah keseluruhan : 135 org

 

Laporan Operasi Bersepadu Siri 4 Bersama agensi-agensi lain di PA Seri Selangor, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Operasi bancian melibatkan sasaran 14 unit rumah kediaman yang disyaki terlibat sebagai sarang penagihan dadah bermula jam 9.30 pagi.

 

Hasil daripada bancian yang di jalankan mendapati :

- 11 unit dipecah masuk untuk diperiksa
- Pelbagai senjata tajam ditemui antaranya parang, pemotong besi, gergaji
- Peralatan memproses dadah dan plastik membungkus dadah ditemui
- 32 unit bilik riser bomba dan TNB dibersihkan
- 3 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan
- 11 tangkapan rambang dilakukan AADK
- 6 unit kenderaan buruk ditunda

 

Ops berjalan lancar tanpa sebarang halangan dan selesai pada jam 12.00 tengah hari

 

Sekian, terima kasih.