RETREAT PENYEDIAAN ‘BLUE PRINT’ PERANCANGAN PEMBANGUNAN SOSIAL

JAS 0045

19 MAC 2016 - Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti (JPPPK) telah mengadakan retreat yang bertujuan menyelaras program pembangunan komuniti dan sosial secara menyeluruh terhadap perkembangan persekitaran dan perubahan sosial warga kota untuk dijadikan panduan kepada seluruh jabatan bagi melaksanakan program-program komuniti dan pembangunan sosial. Program tersebut telah diadakan selama tiga hari bermula 19 hingga 21 Mac 2016 bertempat di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang. Retreat ini dilihat sangat bersesuaian dalam menyelaras semula perancangan program-program kerana mengambil kira cadangan penambahbaikan daripada Ketua Jabatan dan juga pegawai-pegawai yang hadir. Antara objektif lain program retreat ini adalah untuk menggariskan halatuju dan perancangan pembangunan komuniti dan sosial yang komprehensif dan memenuhi keperluan ‘stakeholders’.