TAKLIMAT GARIS PANDUAN PUSAT TUISYEN BIMBINGAN TAHUN 2016

JAS 0009

3 FEBRUARI 2016
- Satu Taklimat Mengenai Garis Panduan Pusat Tuisyen dan Bimbingan

Tahun 2016 anjuran Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti (JPPPK) telahdiadakan di Auditorium Elyas Omar, Perpustakaan Kuala Lumpur.Taklimat yang dihadiri seramai 200 orang guru dan penyelia merangkumi 164 pusat tuisyen dan bimbingan di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini bertujuan bagi memberikan penerangan dengan lebih terperinci tentang aspek permohonan pembukaan pusat tuisyen dan bimbingan, kadar elaun dan kelayakan guru serta peranan penyelia.Mohd Muzammer Bin Jamaluddin, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pentadbiran dan Komuniti JPPPK dalam ucapan taklimatnya berkata, program ini adalah merupakan satu inisiatifyang disediakan oleh DBKL untuk memberi peluang kepada para pelajar di Kuala Lumpur khususnya dari golongan kurang berkemampuan.Beliau berharap, para pelajar dapat memanfaatkan peluang yang diberi dan berusahabersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan akademik disamping membina nilai-nilai murni dan kerohanian.Sesi pusat tuisyen dan bimbingan ini dijangka akan mula beroperasi pada Februari 2016 dan berakhir pada Oktober 2016.

PINDAAN GARIS PANDUAN TAHUN 2016

Permohonan pembukaan terbuka kepada semua persatuan penduduk di kawasan Perumahan Awam DBKL dan Perumahan Kos Rendah di WPKL


ELAUN GURU:

  • UPSR - RM40.00/jam
  • PT3 - RM45.00/jam
  • SPM - RM50.00/jam
  • STPM - RM55.00/jam
  •  


    KELAYAKAN GURU:

    Penyelia terdiri daripada guru-guru
    bertauliah yang mempunyai Sarjana Muda
    Pendidikan atau Diploma Pendidikan atau
    Sijil Perguruan Asas daripada KementerianPendidikan Malaysia

    Pusat Tuisyen Pusat Bimbingan Permohonan pembukaan terbuka kepada semua persatuan penduduk di kawasan Perumahan Awam DBKL dan Perumahan KosRendah di WPKL


    ELAUN GURU:

  • Sekolah Rendah - RM30.00/jam
  • Sekolah Menengah - RM40.00/jam
  •  



    KELAYAKAN GURU:

  • Sekolah Rendah - Lulus Sijil Pelajaran
    Malaysia (SPM) dengan mendapat B+
    bagi semua subjek teras.
  • Sekolah Menengah - Mempunyai
    kelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan
    kepujian serta lulus SPM dengan
    mendapat B+ bagi semua subjek
    teras
  •