Syarat Permohonan & Kadar Sewa PA/PPR

PA-PPR
PERUMAHAN AWAM DBKL KOS RENDAH / KOS SEDERHANA
  • Suami dan isteri adalah warganegara Malaysia
  • Telah berkahwin
  • Pendapatan terkumpul suami/isteri hendaklah :
    - tidak melebihi RM3,000.00 untuk Kos Rendah
    - tidak melebihi RM4,000.00 untuk Kos Sederhana.
  • Pemohon hendaklah tinggal atau bekerja di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Tidak mempunyai rumah atau tanah dalam lingkungan 35km dari pusat bandar
  • Berdaftar dengan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti
  • KADAR SEWA

    Perumahan Awam/PPR MTEN

    Unit Studio - RM55.00
    1 Bilik - RM 94.00
    2 Bilik - RM 124.00
    3 Bilik - RM 124.00
    3 Bilik (Ubahsuai) - RM 218.00

    Rumah Kos Sederhana Rendah

    Gombak 2 - RM 320.00
    Kuang & Kenari - RM 250.00
    Seri Pangkor - RM 250.00
    Seri Tioman 1 - RM 300.0

    BORANG PERMOHONAN & SEMAKAN PERMOHONAN

    • Borang Permohonan boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan atau secara ‘online’ di menu Muat Turun 
    • Semakan permohonan menyewa rumah boleh dibuat di talian 03 - 2617 6158
    • Antara perkhidmatan yang disediakan di Kaunter Perkhidmatan adalah:
      • Pendaftaran Rumah Sewa
      • Semakan Status Rumah Sewa
      • Semakan Pendaftaran
      • Semakan Rayuan Rumah Sewa
      • Rayuan / Khidmat Nasihat / Maklumbalas Pelanggan
      • Semakan Tunggakan Rumah Sewa
      • Rayuan (Notis tunggakan rumah sewa/kes penguatkuasan)

     

    Makluman

    Khidmat online JPPPK disediakan bagi:

    • 1. Membayar sewa PA/PPR melalui Maybank2u.
    • 2. Mendaftar rumah sewa, rumah jual & unit kedai.
    • 3. Muat turun borang-borang :
      |Borang Permohonan Menyewa Rumah PA/PPR | Borang Sewaan Kedai PA/PPR | Borang eKasih|
      * Klik menu muat turun di atas
    • 4. Membuat semakan :
      |Penyewaan Rumah | Pembelian Rumah | Status Aduan | Tunggakan Sewa |
    • * Pilih jenis semakan dan masukkan nombor kad pengenalan bagi tujuan semakan diatas di sini.

    Permohonan pendaftaran PA/PPR DBKL yang melebihi 5 tahun diminta mengemaskini maklumat permohonan di kaunter perkhidmatan. Sila kemukakan maklumat terkini seperti penyata gaji / penyata pencen pemohon dan pasangan, kad pengenalan anak-anak/ tanggungan yang kurang dari 23 tahun  dan lain-lain maklumat berkaitan yang telah disahkan. Usaha ini digerakkan agar jabatan mempunyai maklumat yang terkini bagi pemohon-pemohon PA/PPR Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

     

    Orang ramai yang mempunyai maklumat berikut di PA/PPR DBKL

         - Penghuni Tanpa Izin (PTI),
         - Kes Tidak Menetap

         - Penghuni Warga Asing

         - Sewa Atas Sewa

    Sila hubungi talian bebas tol DBKL 1-800-88-3255/ 03-2617 6071/ 03-2617 6079. Tindakan Penguatkuasaan Rampas Unit akan di laksanakan bagi penyewa yang melanggar syarat perjanjian penyewaan.

  • Dikenakan bagi unit yang mempunyai tunggakan sewa yang tinggi.
  • Kaedah ansuran  bayaran sewa :
  • - Penerima bil tunggakan notis untuk mengunci bekalan air perlu membayar  30% dari bil terkini.

  • - Unit yang telah dikunci bekalan air perlu membayar 50% daripada bil terkini + RM30 denda lewat.

  • - Penerima bil yang bernilai RM3000 ke atas akan didakwa di mahkamah.

  • PASTIKAN ANDA MELUNASKAN SEWA SETIAP BULAN BAGI MENGELAKKAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN.
  • Pihak Pentadbiran DBKL telah meluluskan pindaan kadar kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemilikan dan penyewaan unit rumah PA/PPR dari RM 2,500 kebawah kepada RM 3,000 ke bawah manakala kos sederhana adalah dari dari RM 3,500 kebawah kepada RM 4,000 ke bawah. Pindaan baru berkuatkuasa mulai 13 Disember 2016. Harap maklum.

    DBKL tidak melantik mana-mana individu atau orang tengah (agen) untuk perkhidmatan permohonan dan pendaftaran serta apa jua urusan berkaitan penyewaan dan pembelian unit PA/PPR Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.  456