Profil Jabatan
Pada tahun 2015 Perpustakaan Kuala Lumpur telah bergabung dengan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti (JPPPK). Selaras dengan perubahan semasa, mulai 1 Januari 2018 Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar (JPKKB) telah diwujudkan setelah berlakunya penggabungan dan penstrukturan semula antara Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti bersama Jabatan Perkhidmatan Kawasan. Pada tahun 2019 Bahagian Pengurusan Rekod telah digabungkan bersama Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar bagi memperkasakan peranan dan tangungjawab Jabatan supaya berkemampuan untuk menyediakan sistem penyampaian yang lebih cekap dan efisyen kepada warga kota Bandar Raya Kuala Lumpur.
Visi
1. Memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan ke arah mensejahterakan bandar.
2. Menjadikan komuniti bandar yang terunggul dan sejahtera.
Misi
1. Mewujudkan komuniti bandar yang terunggul menerusi penyampaian perkhidmatan perbandaran yang cemerlang dan berkualiti.
2. Mewujudkan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti melalui perancangan dan pelaksanaan yang bersepadu antara organisasi bersama warga kota.